Apa Doa Yg Ptut d TuL!s Pd Kad Kahw!n?

DOA 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
“Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai”
- (Doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan Puteri Baginda Fatimah Az-zahrah dengan Saidina Ali bin Abi Talib RAH)

DOA 2

Ya Allah Ya Tuhan Kami..
“Kami mohon limpah kurnia Mu, berkatilah majlis ini semoga berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau Kehendaki. Limpahkanlah barakah dan rahmat jua keampunan Mu kepada pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumah tangga mereka sakinah, mawaddah dan warahmah dalam ketaatan terhadap-Mu.
Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan juga di akhirat. Sempurnakanlah iman serta agama mereka dengan berkat ikatan ini. Moga perkongsian hidup mereka berkekalan hingga ke akhir hayat”

No comments:

Post a Comment