C!nta seorAng pnCinTa

Meningkat umur diperjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan.  Sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa.  Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota…hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan mendiam di hati insan. 
Manusia sering menyebut tentang cinta pada hamba-hambaNya.  Ternyata kita sering lupa hakikat cinta sebenar hanya untukNya.  Rindu dan kasih sayang anugerahNya untuk kita belajar mencintaNya melebihi segalanya.  Allah tidak pernah melarang hambaNya berkasih sayang. Justeru, rasa cinta itu sendiri adalah takdirNya.

SuKar MeNolAk C!nta?

Sebenarnya, kehidupan tentang membuat pilihan cinta memang banyak ragam. Ada yang sukar mendapat jodoh kerana terlalu pemilih, ada juga yang sangat mudah mendapat jodoh namun akhirnya ditolak dengan alasan-alasan tertentu.
Memang susah untuk menolak seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu. Tidak mahu menyakiti, takut kehilangan sahabat dan takut-takut yang lain lagi.

REMAJA DAN CINTA

Salah satu ujian yang dihadapi oleh seorang remaja muslim adalah ketika rasa kasmaran yang sedang melanda dirinya. Bahkan ada diantara mereka yang
“terombang-ambing” dengan kasmaran tersebut, persis seperti sebuah syair,

“Apabila seorang hamba menjatuhkan diri ke dalam lautan cinta, lalu ia diombang-ambingkan oleh ombak lautan itu, maka kehancuran lebih dekat kepadanya daripada keselamatan”. (Raudhatul Muhibbin, hlm. 196)

♥~♥ 10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA ♥~♥

Dengarlah pesananan ini ~>

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

✿~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~✿
^_^
~ same2lah kite berMUHASABAH ~ T_T

“Seburuk-buruk tempat di muka bumi ialah tempat yang di dalamnya tidak ada Abul Hassan.”

“Seburuk-buruk tempat di muka bumi ialah tempat yang di dalamnya tidak ada Abul Hassan.”

Demikian Sayyidina Umar bin Al-Khatab memuji Sayyidina Ali bin Abu Talib Karramallahu Wajhah kerana ketinggian ilmu dan makrifatnya. Pujian yang dilontarkan Umar itu berdasarkan sebuah kisah pertemuan beliau dengan Huzaifah bin Yaman R.A.

unTukmu WaN!ta..PeL!haRa La Per!baD!mu

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya  mengapa Rasul menangis Baginda menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis.

#PandanGan oRg TentaNg K!tA#

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI...

Bila jadi baik, ORANG MELUAT...

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM...

Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."